FACEBOOK SUKARELAWAN »

Khamis, 21 Julai 2011

I-VOLUNTEER INTERACTIVE CAMP (SIRI 1), PORT DICKSON 2011

Pada 18-19 Jun 2011, Skuad Sukarelawan Rakan Muda / I-Volunteer tlh menganjurkan satu program santai bersama Y.A.B Dato' Sri Shaberrey Cheek di Port Dickson. Negeri Sembilan. Program ini adalah bertujuan untuk meraikan petugas-petugas atau sukarelawan Himpunan Sejuta Belia 2011 yg banyak berganding bahu dalam melancarkan lagi perjalanan Hari Belia Negara yg tlh diadakan di Putrajaya penghujung Mei yg lalu. 

Walaupun ia adalah suatu program santai, namun ia ttp disokong penuh oleh Y.A.B Menteri Belia dan Sukan sendiri. beliau juga turut serta pada malam kemuncak program tersebut dan turut makan malam bersama-sama semua Sukarelawan tersebut. Diharapkan dengan program seperti ini, lebih banyak lagi anak muda yg akan turut serta, dan lebih banyak lagi program terbaik yg dapat dianjurkan untuk belia dan beliawanis negara umumnya. 

Dibawah adalah gambar-gambar sekitar program ini berlangsung :)